Assalamualaikum & Hi readers!  ☺ After a looong time, finally i decided to publish a new post again hehe Welcome back Nurul Hanis! cewah taktak kiki. Okay so apa topik kita untuk hari ini? erm, rasanya kita tak ada "the main topic" but it's okay we randomly talk lah, shall we? hehe. Alright. Actually i would like to share some stories which are close to me. As some other people said, "I'm not pious, I'm just sharing". ☺ hehe ok pinjam sekejap ayat kak Aida Syazwana.

Turn to the past;
Semasa belajar di KMPP, I still remember, ada one of my bestfriends yang datang and suddenly she asked me personally, "hanis, macam mana nak jadi macam hanis?" and i was like, "jadi macam hanis macam mana?" uik. nampak garunk kan ayat tu but takdalah serious sangat masa tu, gelak gelak lah jugak ek eleh haha don't worry hanis tak serious pun orang nya ☺ hahaha dah kenapa puji diri sendiri?! kikiki. ok let's continue. Then she answered me, "takdalah, maksud kita mcm mana nak pakai tudung labuh tutup dada, pakai handsocks, then tutup dagu macam yang hanis pakai? sebab kita rasa nak berubah. kita pernah sekejap dulu pakai handsocks tapi macam lama-lama tu macam tak selesa then lepastu tak pakai dah". I got surprised when she asked me that type of question. Tak pernah terfikir pun ada orang nak tanya pada diri ni tentang itu, langsung tak. sebab kadang-kadang rasa diri ni tak lah elok mana. Still ada kekurangan yang masih perlu dibaiki. And until now, it still has.

Everyone deserve changes. Tak ada manusia dalam dunia ni yang tak boleh berubah ☺ Uik. Cliche sangat kan ayat tu? haha. tapi itu lah kenyataanya. Apa apa pun, ucap Alhamdulillah dulu jgn lupa! hehe. Dulu, hanis tak pernah terbayang pun hanis jadi diri hanis yang sekarang. To be honest, my past was horrible. to me it was really horrible. Jangan risau. Hanis pun pernah pergi sekolah, tak pakai handsocks. Hanis pun pernah pergi sekolah tudung singkat paras atas dada. Tak pakai stokin bila keluar. Tak pakai pun tutup dagu tu. Hanis pernah pakai seluar jeans. Don't worry. Hanis pernah semua tu ☺ Tak ada manusia yang Allah cipta lahir lahir keluar dari perut ibu, terus jadi baik. cam, "uish baik gila baby ni". Takda maknanya. Kalau kita tak pernah diuji, bila kita boleh jadi yang terbaik? Baca ayat tu banyak kali, cuba fahamkan. Maksudnya, Allah bagi setiap manusia tu lain lain ujian. Contoh macam, si A ni, Allah uji dia dengan kesedihan. Asyik nangis je siang malam. tapi ada lah reason nya kenapa dia nangis. Bukan saja bosan bosan dia nangis, bukan lah! ish. Pastu si B ni pulak Allah uji dia dengan kemarahan. Asyik nak marah je kerjanya haih entah lah cuba relax? cehhhh hahaha guwau guwau. Maybe orang sekeliling dia cam serabut bagi dia tu dia asyik nak marah je. Ha nampak tak perbezaan dua ujian ni? Banyak lagi jenis ujian yang Allah bagi. Tapi cuba fikir positif dengan setiap ujian yang Allah bagi tu ☺ Jangan mengeluh! Allah tak suka tau kita mengeluh. Mengeluh tu sama macam kita tak ikhlas dalam setiap perbuatan yang kita buat. Senang cerita apa kita buat tu, bukan niat kerana Allah. Niat kerana Allah ni macam mana pulak? Ha macamni..

Niat kerana Allah maksudnya kita buat sesuatu perkara tu, sebab Allah suruh. Allah dah perintahkan untuk kita buat benda tu, so kita pun buat lah. Ha itu maksudnya niat kerana Allah ☺ Contohnya solat fardu. Solat fardu tu wajib kan? Cuba kita tanya diri kita, setiap 5 waktu yang kita solat tu, betul ke niat kita kerana Allah? Atau solat sebab mak suruh? ayah suruh? kakak suruh? abang suruh? adik suruh? Semua lah suruh. haa. Tak pun sebab kita malu takut orang tahu kita tak solat? Naudzubillahiminzalik.. Jadi, kenapa sebenarnya kita solat? Tepuk dada, tanya iman ☺ Tak apa jangan risau. Kalau sebelum ni niat kita bukan kerana Allah, lepasni kita boleh betulkan tu niat kan? In shaa Allah, kalau panjang umur kita. Selagi nyawa masih di badan, selagi tu lah pintu taubat masih terbuka. Haa ingat lagi tak ayat tu. hehe ☺ Contoh lain, belajar. Belajar tu sebab nak dapat keputusan terbaik ke? ish. Salah tu. Betulkan niat, belajar kerana Allah. Setiap kali nak belajar pun. Cari lah ilmu sebab Allah suruh kita mencari ilmu dan menyebarkan semua ilmu itu kepada umat islam yang lain. Tak best kan kalau kita sorang je tahu tentang sesuatu perkara tu, lepastu kita sorang je yang amalkan. Nampak tak pentingkan diri sendiri? Dia sorang je nak masuk syurga,hmm fine lah. Fine... Sampai hati.. (ha, drama drama!) hahaha. So, apa salahnya kan kalau ilmu yang kita dapat, kita kongsikan kepada semua orang supaya semua orang pun boleh renung-renungkan dan selamat beramal. Eh. Macam pernah dengar kan? Macam jer. heheheh peace!

Fuhh, nasib baik lah hanis tak buat "the main topic". Sebab macam memang random talk dah ni. Bercampur dah semua hahaha. Sebenarnya yang tentang "ujian" tu, ada sedikit lagi hanis nak sampaikan. Alaa sedikit je serious kali ni sedikit, tak tipu. kikiki
Tentang perubahan dalam kehidupan hanis. Sebenarnya macam yang hanis cakap tadi kat atas, "hanis pernah semua tu" kan. Ya, hanis pernah. So apa kaitannya dengan "ujian"? Ha mesti tertanya-tanya kan. Secara jujurnya, hanis diuji dengan pelbagai perkara. Tak terkira. Yelah bila masa pulak lah kita nak kira berapa banyak ujian yang Allah dah bagi kan? Takkan masa Allah uji tu sempat pulak kita nak cakap "ok, ini dah ujian yang ke-85 dah ni" hahaha takda lah, guwau. Okay. Maksud hanis ujian tu berlainan jenis ujian. Tapi jangan risau sebab ujian tu lah yang akan membangkitkan kita sebenarnya. Alhamdulillah.. Hanis tahu bukan hanis sorang je yang diuji dengan pelbagai perkara, ada ramai lagi. Seriously tujuan hanis cerita ni bukan untuk riak. Langsung tak terlintas untuk tu. tapi hanis cuma berharap supaya sesiapa pun yang sedang membaca ni, sentiasa positif lah dengan ujian yang Allah bagi. Ya, memang semasa kita sedang mengalami ujian tu, hanya kita dan Allah je yang tahu betapa beratnya ujian itu. Bagi kita orang lain takkan faham, kan? Tapi percaya lah, selepas hilangnya ujian itu, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Cuma cepat atau lambat je ☺ Jadi sebab itu lah kita kena sentiasa bersabar dalam ujian Allah dan belajar untuk redha ☺

Macam mana nak berubah ke arah yang lebih baik? Tak susah. Serious tak susah. Ingat. Kalau kita anggap sesuatu perkara tu susah, maka susah lah jadinya. Jadi, anggap semua perkara tu senang, okay? ☺ Nak berubah, memang bukan perkara yang senang. Tetapi juga bukan lah perkara yang susah. haa nampak tak maksudnya? heheh. Berubah mungkin kita tak boleh berubah secara mendadak. Contohnya macam kita dah pasang niat untuk berubah dari tak tutup aurat kepada tutup aurat kan? Haa. Tak semestinya kita berniat harini, terus harini jugak 360 darjah kita jadi someone new. Tak semestinya. Perubahan tu memerlukan masa. And step by step. Kalau persoalan tentang tudung hanis yang dulu hanis pakai atas dada. Secara jujurnya, hanis tak pernah terfikir untuk melabuhkan paras tudung. ish ish teruk kan "tak pernah terfikir"? tak sedar diri betul nurul hanis ni hahaha. Tapi, sejak hanis masuk KMPP, Alhamdulillah, hanis belajar benda yang baru. It's totally new. Dikelilingi muslimat-muslimat yang menutup aurat dengan sempurna, merupakan suatu tarikan bagi hanis. Perasaan malu dengan diri sendiri tu semestinya ada. Kadang-kadang terlintas di fikiran, "bestnya pakai tudung labuh... teringinnya nak pakai". There we could try slowly. in Shaa Allah. Sebenarnya menutup aurat dengan sempurna tak semestinya pakai tudung labuh. Cukup sekadar menutupi bahagian dada pun dah menepati perintah Allah. Tapi, tak salah juga kalau nak pakai tudung labuh contoh sampai paras bawah pinggang. Itu sunat. Kalau buat, dapat lah pahala ☺ Baju. Kalau boleh cuba cari baju yang panjang dan tidak ketat. Panjang tu macam, ok senang cerita macam bawah punggung lah. Supaya nanti kalau kita berjalan ke mana mana, contoh cam kita nak tunduk ambil barang terjatuh ke kan, tak ada lah ter tarik baju kita. Dan lagi satu, dapat mengurangkan pandangan lelaki daripada memandang di bahagian belakang kita ☺ In Shaa Allah.. Handsocks. Yeap handsocks ni memang bukan benda mudah nak handle, ha mesti tak faham kan? haha maksudnya, handsocks ni kalau mula-mula masa kita pakai tu kita akan rasa macam kurang selesa. tapi don't worry, kalau kita rasa macam tu, sentiasa lah berdoa dalam hati supaya Allah hilangkan rasa kurang selesa tu semua. Ingat tau, benda yang baik, Allah mesti tolong percaya lah ☺ Stokin? Stokin ni buat je macam kita pergi sekolah, ha setiap hari kena pakai kan, hahaha takda lah. Stokin kalau boleh jangan lah yang singkat dan jarang.  Then kalau girls yang suka pakai long skirt or jubah, kalau boleh pakai lah something like seluar panjang inside. Supaya nanti kalau kalau mana tahu tetiba kena langkah longkang beso ke haa mudah! hahahahaha guwau guwau. tapi kalau dah pakai seluar panjang tu it will be easier contoh cam kita nak naik tangga ke, naik motor or else, aurat kita still terjaga in shaa Allah. Selain long skirt or jubah, seluar still boleh pakai tau! Siapa kata tak boleh pakai seluar dah bila keluar? Takda laaah, still boleh! Okay kalau seluar, cari lah seluar yang tidak "membungkus" bahagian aurat kita. hehe ok macamni. Maksudnya, yang tidak ketat. Banyak tau sebenarnya seluar yang tak ketat salah satu contohnya seluar Palazo. Palazo tu seluar yang cam besar besar tu. Dia boleh dikatakan lebar lah. Banyak lagi seluar yang tak ketat tapi tulah hanis ni bab bab seluar tak tahu sangat nama dia, hmm kesian sangat kan hahaha. tapi apa apa pun no worries, tak ada istilah dah tak boleh pakai seluar untuk menutup aurat ye, still boleh jeee ok hehe. Kasut pula, cari kasut yang menutupi bahagian kaki dengan sempurnanya. Banyak sebenarnya, jangan risau ☺ Tapi kalau kasut kita tu tak menutupi bahagian kaki sepenuhnya, kita boleh cover dengan memakai stokin yang macam disampaikan dekat atas tadi. In shaa Allah boleh ☺ Tentang tutup dagu, sebenarnya dulu hanis try pakai sebab kawan hanis suggest, then hanis try. Lepastu lama-lama rasa macam taknak buka dah. tapi dagu sebenarnya bukan lah bahagian yang wajib untuk ditutup. Seperti yang Ustaz Azhar Idrus pernah sampaikan, kata beliau, dagu merupakan bahagian yang zahir untuk ditutup. tapi kalau nak tutup pun tak salah, ok? ☺
Ingat, kalau kita rasa putus asa, hold into these words, "kalau orang lain boleh, kenapa kita tak boleh?" Let's prove it  x

Percaya lah, semua orang mampu untuk melakukan penghijrahan ☺ Cuma ia bergantung pada diri sendiri sama ada mahu, atau sebaliknya. Memang susah pada permulaannya dan boleh jadi juga, "ikhlas" itu belum hadir, tetapi percaya lah suatu hari nanti Allah akan hadirkan rasa "nikmat" dalam penghijrahan dan ikhlas dalam semua perkara. Semuanya bermula daripada "susah". Tiada istilah "berjaya" jika tiada "susah"☺ Sentiasa lah berdoa supaya Allah meningkatkan iman kita untuk menjadi yang lebih baik dari hari ke hari. Kalau ada pandangan negatif daripada orang lain, abaikan semua tu. Ingat, niat kita berubah bukan sebab nak orang suka dengan kita, puji kita. Biar tidak sempurna di sisi manusia tetapi cukup lah sempurna di sisi Allah. In shaa Allah.. Dan jika ada seseorang yang bagi kita macam dia ni "teruk" padahal dia takdalah teruk sangat pun, ok je. Macam mana pun jangan kutuk dia. Sentiasa lah mendoakan untuknya supaya diturunkan hidayah kepadanya suatu hari nanti. Ingat, tak ada orang yang lahirnya sempurna, termasuk juga lah diri ini sendiri ☺

Alhamdulillah jadi ini lah sedikit sebanyak yang dapat dikongsikan. Mungkin tidak lah sempurna isinya tetapi berharap ia bermanfaat untuk semua, In shaa Allah ☺ Maaf sekiranya ada perkataan yang menyinggungkan perasaan sesiapa yang membaca. Tiada niat lain, hanya gurauan semata-mata hehe. Assalamualaikum pembaca yang setia ☺ ☺ ☺

p/s
Kalau perasan, ayat mula-mula kat atas tu in english lepastu tetiba semua melayu hahahaha entah lah konfius jugak dengan diri sendiri hmmm takpa halalkan jelah eh kikiki xoxo! ☺


Visitors