Eh? Logo apa pula tu? ceh haha. Itu lah dia logo Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Orang panggil KMPP jerr. Pernah menjadi sebuah tempat kami menuntut ilmu yang sangat terbentang luas. "Matrik". Kenapa bila disebut "Matrik" mesti orang akan kaitkan dengan "s u s a h" ? Ya. Mereka berkata-kata tetapi tidak mencuba. Secara jujurnya. Matrik bukan lah "senang" , tetapi juga bukanlah "susah". Senang bagi mereka yang berniat belajar kerana Allah dan kerana ibu bapa, serta meletakkan usaha yang tinggi. Susah bagi mereka yang tidak berusaha. Perkataan "Practise makes perfect" sudah cukup menjelaskan kejayaan seseorang. Simple.
Pengalaman di matrik?
Course yang diterima ialah Perakaunan. Pada awalnya, semasa dapat je tawaran ke KMPP, berkali-kali juga diri ini fikir. Mampu ke aku? Layak ke aku? Dan berkali-kali juga soalan dituju kepada Umi (ibu). Dan umi pun sarankan untuk terima tawaran tu. Kata umi, "Jangan dengar apa orang lain kata. Orang lain kata susah, tapi kita tak tahu, mana tahu hanis boleh buat. Kita tak cuba, kita tak tahu." Itu lah yang umi kata. Sampai sekarang, takkan lupa apa yang umi nasihatkan. Okay. Yakin pada diri sendiri. Buktikan pada semua, kita boleh. Tak ada istilah "susah" kalau kita berusaha.
Keadaan kat matrik, Alhamdulillah seronok sangat. Tipu lah kalau kita tak ada stress. Itu perkara biasa untuk semua students pun. Tak kira lah kolej, universiti. Even sekolah pun dulu stress. Lagi lagi masa nak dekat SPM haha. Experience gives us lesson. Ok. Walaupun stress, tapi kita kena handle. Sebab kalau tak handle, stress tu tak akan hilang. Untuk PST (Program Satu Tahun), ada dua sem je. Sem 1 & Sem 2 boleh dikatakan banyak juga perbezaan. Perbezaan dari segi cara belajar, fokus, usaha. Kalau tanya pasal sem 1, macam "har har" gitu lah. haha. Sem 1 sebenarnya kita kena berusaha sama macam mana kita akan berusaha untuk final (sem 2) sebab sem 1 tak sama dengan sem 2. Langsung tak sama. Sebenarnya, dua dua sem kena score untuk dapatkan pointer yang gempak untuk final nanti. Tapi biasalah kan, mostly sem 1 ramai yang main-main, termasuklah diri sendiri ni. Then sem 2 baru cam nak serious. (serious tak serious lah) haha. Benda tu tak patut pun berlaku. Jadi ambil sebagai pengajaran.
Ok lah itu untuk bahagian belajar kan. Dekat matrik bukanlah 24/7 belajar. Orang akan cakap "kalau matrik kan belajar je". Tak. Ada masanya kita enjoy jugak. Tapi enjoy kami bukanlah sampai lalai. Weekends kadang-kadang plan lah nak keluar beli barang apa semua. Kalau tak beli barang pun, pi lah keluar jalan jalan melawat kawasan penang kan, dah asyik terperap dalam kolej je haha. Dan lagi satu benda penting. Kat mana-mana pun, bila kita berada di tempat baru, kena pandai pilih "sahabat". Kawan dengan Sahabat ni berbeza. Kawan, sesiapa boleh jadi kawan kita. Sahabat? Bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicari. Sahabat akan ada ketika kita susah dan senang. Sahabat jugalah yang akan terima baik buruk kita. Alhamdulillah, i got them in KMPP. Macam yang diceritakan tadi, kami bukanlah 24/7 belajar. Ada masanya kami luangkan waktu dengan bersama-sama pergi ke surau, makan tengahari, dan yang paling tak boleh dilupakan satu macam boleh dikatakan event lah jugak, dipanggil 'Raudhatul Iman'. Raudhatul Iman ni akan diadakan pada setiap hari jumaat dan biasanya mula pada pukul 12:30pm dan akan habis dalam pukul 2pm. Masa tu lelaki semua pergi menunaikan solat jumaat. Dia takdalah event sangat, dia actually macam ceramah tapi khas untuk perempuan sahaja. Non-muslims are allowed too. Best tau Raudhatul Iman ni. Sebab apa best? Alhamdulillah, bila pergi je sana, akan rasa ketenangan. dan minda akan terbuka dengan ilmu yang disampaikan. Sedikit sebanyak ia menyedarkan diri kita untuk berubah ke arah kebaikan. And i'm very proud of one of my non-muslim friends. She's indian. Every weeks kitorang pergi R.I, dia akan join sekali. and she proudly told us that R.I tu best. Alhamdulillah. I'm really gonna miss each of the memories. Tipulah kan kalau kata tak rindu. Yup. Sangat rindu. KMPP sedikit sebanyak telah mengubah diri ini. Daripada seorang yang mudah putus asa, kurang keyakinan, kurang akan ilmu agama, kini semuanya telah dipelajari untuk mendapat suatu peningkatan. Dan dengan adanya "sahabat-sahabat", mereka membimbing antara satu sama lain untuk berjaya bersama-sama dan lebih mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Alhamdulillah..
So, jom lah masuk matrik! ☺